BN Plus jadi strategi BN hadapi PRN Melaka 

BN Plus jadi strategi BN hadapi PRN Melaka 

AB. Rauf Yusoh ketika ditemui selepas melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini. -UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan BN Plus bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pendekatan politik di negeri itu mungkin berbeza berbanding kerjasama yang dilaksanakan di peringkat lain.

“Melaka tidak sama. Melaka ini BN Plus. Kita akan menyerahkan kepada rakyat untuk memilih siapakah rakan strategik yang terbaik bagi kerajaan negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Ab. Rauf yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, BN Plus dilihat sebagai hala tuju yang mampu membina kekuatan UMNO untuk menghadapi PRN Melaka, malah sebagai persediaan menuju Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“PRU16 akan menjadi titik tolak untuk UMNO kembali menjadi parti dominan dalam politik negara,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×