PUTRAJAYA – Pendaftar Pertubuhan telah membatalkan notis pembubaran sementara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuat kuasa semalam (16 Mei), kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim. Beliau berkata, pembatalan notis pembubaran sementara PPBM bertarikh 5 April 2018 di bawah Seksyen 14(5) Akta Pertubuhan 1966 itu selaras dengan Seksyen 14(6) akta yang sama. Menurut Alwi, di bawah Seksyen 14(6), Pendaftar Pertubuhan boleh membatalkan notis di bawah Seksyen 14(5)…










