Robert Kuok tiba untuk mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan - Utusan Malaysia

Robert Kuok tiba untuk mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tokoh perniagaan Malaysia, Robert Kuok, menghadiri mesyuarat  pertama Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) hari ini, susulan pelantikan beliau sebagai ahli majlis oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 12 Mei.

Kuok, 94, tiba di Ilham Tower di sini pada 10 pagi, dan bertemu ahli CEP yang lain, Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Tan Sri Hassan Marican dan Prof. Jomo Kwame Sundaram, sebelum mesyuarat bermula.

Ahli majlis itu dijadual bertemu Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka juga dijadual bertemu para pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini