RM993,600 untuk surau, masjid sempena Ramadan - Utusan Malaysia

RM993,600 untuk surau, masjid sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 23 Mei – Kerajaan negeri memperuntukkan RM993,600 untuk 2,762 surau dan masjid seluruh Johor sempena Ramadan untuk menjalankan aktiviti masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, jumlah itu melibatkan 1,937 surau dan 825 masjid sekali gus bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban rumah ibadat berkenaan.

“Setiap surau menerima RM300 dan masjid pula RM500. Jumlah bantuan boleh dipertingkatkan mengikut kesesuaian kedudukan kewangan kerajaan negeri pada tahun-tahun mendatang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bantuan ini diberikan secara one off untuk surau dan masjid menjalankan aktviti seperti majlis berbuka puasa, moreh dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) di Kota Iskandar, di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN