KUALA LUMPUR – Ringgit dijangka meneruskan momentum harga menurun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, kepada antara 3.96 dan 4.00, terutama disebabkan oleh faktor luaran, kata penganalisis. Ketua Pedagang OANDA di Asia-Pasifik, Stephen Innes berkata, ringgit kemungkinan menguji paras 4.00, tertakluk kepada momentum ketara dolar AS, dengan faktor luaran akan memacu pergerakan dengan mata wang ekonomi pesat membangun secara umumnya akan mengalami tekanan. “Sementara itu, harga minyak dilihat sebagai terlalu ‘berat’ pada perspektif asas dan teknikal yang mencadangkan bahawa pasaran aliran harga tinggi kini sudah semakin hampir untuk berakhir. ” Ini mungkin memberi wajaran ke atas sentimen ringgit, kemungkinan peningkatan keluaran oleh OPEC (Pertubuhan Negara…










