KUALA LUMPUR 16 Mei – Ribuan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim memenuhi pekarangan Hospital Rehabilitasi Cheras, di sini bagi menyambut pembebasan Penasihat PKR selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan di Istana Negara, hari ini. Rata-rata penyokong pemimpin itu hadir seawal pukul 8 pagi bersama sepanduk yang dipenuhi dengan kata-kata ucapan Pembebasan Anwar dan melaungkan slogan Reformasi berulang kali. Bekas Timbalan Perdana Menteri…










