Restoran Raj's Banana Leaf di Bangsar diarah tutup - Utusan Malaysia

Restoran Raj’s Banana Leaf di Bangsar diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Restoran Raj’s Banana Leaf di Bangsar yang menjadi tular selepas tersebar satu video pekerjanya mencuci pinggan dengan lopak air diarahkan tutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Kesihatan Persekitaran DBKL, Dr. Chandrakant Patel berkata, pihaknya difahamkan restoran itu mempunyai ruang pembersihan yang terhad menyebabkan pekerja-pekerjanya terpaksa mencuci pinggan di luar premis. 

“Apa yang diviralkan dalam media sosial itu adalah kerana mereka (pekerja) tidak mempunyai ruang pembersihan mencukupi.

“Kami akan membuat pemeriksaan kebersihan di sekitar premis tersebut sebelum menghubungi mereka untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita selepas menjalankan operasi kebersihan di premis itu di sini, hari ini. 

Raj’s Banana Leaf diarahkan tutup serta-merta ekoran video tular pekerjanya yang mencuci pinggan di kawasan lopak air luar premis itu.

 

Semalam, restoran itu dalam satu kenyataan dalam laman sosial Facebook memohon maaf atas perkara yang berlaku dan memberi alasan perbuatan itu dilakukan oleh pekerja baharunya.

“Perkara itu tidak pernah berlaku sebelum ini, restoran ini sentiasa mengambil berat soal kebersihan,” jelas kenyataan itu.

Sebagai tanda memohon maaf, restoran itu turut menyatakan akan mengadakan jamuan buka puasa percuma esok bermula 7.30 petang hingg 9 malam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN