Rahsiakan cerita peribadi untuk privasi - Utusan Malaysia

Rahsiakan cerita peribadi untuk privasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YA, dia mengaku perkahwinan yang berlangsung dua bulan lalu itu sengaja disembunyikan. Pengacara Nur Hafizah Md. Saad, 30 atau Fiza Frizzy sedar dia hanya sekadar personaliti biasa, bukan berada di tahap popular. Atas alasan yang sama, wanita ini memilih untuk berahsia tentang perkara itu. Jika pandangan masyarakat luar yang memandang majlis perkahwinan golongan selebriti itu semestinya berlangsung dalam keadaan mewah dan gah, anak jati Kuala Lumpur ini memilih sebaliknya.

“Makna selebriti itu sangat besar. Seseorang itu mestilah popular, terkenal dan ramai peminat. Pergi ke mana-mana ada sahaja peminat menanti untuk bergambar bersama, itu makna untuk orang popular. Sedangkan saya, tidak. Jauh lagi nak sampai ke tahap itu pun, saya biasa-biasa saja. Orang yang bekerja pun dalam bidang glamor, tak semestinya kena glamor juga.

SEDANG menikmati keindahan alam pengantin baharu, Fiza dikejutkan dengan perkhabaran gembira apabila disahkan telah berbadan dua. Sudah pastinya, berita tersebut sememangnya dinanti-nantikan pasangan ini yang berhasrat memiliki anak secepat mungkin selepas disatukan.

“Sebelum nikah lagi, suami memberitahu yang dia memang mahu anak cepat-cepat. Maklumlah umur dia sudah agak banyak, dia takut ada anak kecil ketika sudah berusia. Jadi dia memilih untuk tidak bertangguh dalam urusan menambah keluarga ini dan sudah pun bersedia.

“Syukurlah apa yang diidam-idamkan itu menjadi kenyataan. Saya tak kisah tentang jantina anak. Yang penting bayi itu sihat dan sempurna ketika lahir nanti,” katanya yang langsung tidak mengalami tanda-tanda alahan di awal kehamilan pertama ini.

“Jadi tidak salah kalau dalam urusan peribadi termasuklah melangsungkan majlis perkahwinan, saya memilih buat secara diam-diam. Sesuailah dengan status kurang popular tu. Tak salah, bukan?

“Saya buat mana yang wajib dan menjamu tetamu mana yang ada. Sekalipun tidak segah mana majlis perkahwinan itu, saya cukup gembira dan puas hati kerana ahli keluarga dan rakan terdekat dapat bersama-sama bagi meraikan hari penting buat kami,” katanya yang hanya menjemput 300 tetamu pada hari pernikahannya itu.

Fiza berkahwin dengan suami, Fazli Zulkifli, 36, yang juga merupakan pemain untuk Kelab Bola Sepak Kementerian Kewangan (MOF FC) bernikah di Masjid Putrajaya pada 18 Februari lalu dan majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki diadakan tidak lama kemudian. Tidak berkongsi hari bahagianya itu di laman sosial, menurut bekas penyampai radio IM4U ini, dia juga dengan semulajadi agak berat hati untuk berbuat demikian kerana enggan mencampur-adukkan urusan peribadi dengan kerjaya.

Pendekatan tersebut juga digunakan untuk menjaga privasi diri kerana dia selesa menjalani kehidupan seperti orang kebanyakan tanpa ada publisiti berlebih-lebihan.

Hamil dua bulan

SEDANG menikmati keindahan alam pengantin baharu, Fiza dikejutkan dengan perkhabaran gembira apabila disahkan telah berbadan dua. Sudah pastinya, berita tersebut sememangnya dinantinantikan pasangan ini yang berhasrat memiliki anak secepat mungkin selepas disatukan.

“Sebelum nikah lagi, suami memberitahu yang dia memang mahu anak cepat-cepat. Maklumlah umur dia sudah agak banyak, dia takut ada anak kecil ketika sudah berusia. Jadi dia memilih untuk tidak bertangguh dalam urusan menambah keluarga ini dan sudah pun bersedia.

“Syukurlah apa yang diidamidamkan itu menjadi kenyataan. Saya tak kisah tentang jantina anak. Yang penting bayi itu sihat dan sempurna ketika lahir nanti,” katanya yang langsung tidak mengalami tanda-tanda alahan di awal kehamilan pertama ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×