Putera Arab Saudi gagal kemuka dokumen sokongan 'derma' - Shukri - Utusan Malaysia

Putera Arab Saudi gagal kemuka dokumen sokongan ‘derma’ – Shukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Putera Arab Saudi, yang dikatakan menderma wang sebanyak RM2.6 bilion kepada bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, gagal mengemukakan dokumen sokongan untuk membuktikan pemberian ‘derma’ berkenaan. 

SPRM
                           SPRM

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull berkata, terdapat satu surat yang menunjukkan derma berkenaan adalah daripada Putera Arab Saudi dan pertemuan pihaknya dengan putera itu seperti telah diaturkan. 

“Sebenarnya, ada sepucuk surat yang menunjukkan sumbangan itu adalah daripada Putera Arab Saudi. Berdasarkan surat itu, pegawai kami pergi ke Arab Saudi dan putera itu ‘diperkenalkan’ kepada kami.

“Biasanya, kami yang akan mencari orang berkenaan untuk mendapatkan kenyataan tetapi kali ini, seseorang telah memperkenalkan kami kepada ‘putera’ itu,” katanya tanpa mendedahkan nama Putera Arab Saudi tersebut pada sidang akhbar khas SPRM di sini, hari ini. 

Mohd. Shukri berkata, pada pertemuan itu, Putera Arab Saudi berkenaan mengaku telah menderma sebanyak RM2.6 bilion kepada Najib namun, beliau gagal mengemukakan sokongan pemberian derma terbabit kepada SPRM. – Bernama     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN