Program Permata akan diteruskan selepas menjalani proses audit - Utusan Malaysia

Program Permata akan diteruskan selepas menjalani proses audit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Program Permata Negara (Permata) yang bertujuan untuk meningkatkan perkembangan kanak-kanak akan diteruskan oleh kerajaan namun perlu melalui proses pengauditan terlebih dahulu bagi memastikan tahap keberkesanan dan kos. 

Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, kerajaan mahu melihat program tersebut  dalam segenap aspek termasuk melibatkan peruntukan, keberkesanan kos dan hasil program.

“Permata merupakan salah satu program yang saya bawa kepada perhatian Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kita akan audit kerana ia program yang baik dan dekat dengan kesejahteraan kanak-kanak. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini kita teruskan untuk kanak-kanak tingkatkan kemahiran mereka kerana matlamatnya adalah suci murni. Kalau apa yang baik, kita teruskan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Perdana Putra, di sini hari ini.

Wan Azizah yang juga Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga berkata, beliau dan Mahathir berpandangan bahawa Permata lebih relevan untuk berada di bawah kementerian itu memandangkan ia melibatkan usaha-usaha meningkatkan perkembangan kanak-kanak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN