KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Zainal Abas optimis prestasi sederhana dipamerkan atlet negara pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2018 yang berakhir Ahad lepas, mampu diatasi sebelum Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang, Ogos ini. Zainal berkata beberapa siri kejohanan antarabangsa yang akan disertai beberapa atlet negara akan menjadi platform utama buat jurulatih dan atlet tersebut menilai serta mengkaji elemen perlu dipertingkatkan bagi mengembalikan semula prestasi terbaik. Beliau berkata keputusan…










