Presiden Sri Lanka ucap tahniah kepada Dr. Mahathir atas kemenangan bersejarah - Utusan Malaysia

Presiden Sri Lanka ucap tahniah kepada Dr. Mahathir atas kemenangan bersejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden Sri Lanka, Maithiripala Sirisena mengucapkan tahniah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad atas kemenangan beliau dalam pilihan raya umum di Malaysia baru-baru ini. 

Dalam perutusan tahniah, Maithripala berkata, kemenangan bersejarah itu membuktikan bahawa rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpinan dan kepintaran politik beliau. 

“Saya yakin sepenuhnya  bahawa di bawah kepimpinan cemerlang beliau, Malaysia akan terus melakar peristiwa penting dalam hala tujunya yang mencapai kejayaan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau juga berkata, Sri Lanka dan Malaysia terikat melalui sejarah berdasarkan hubungan rakyat dengan rakyat dan berkongsi perjuangan bersama di pentas antarabangsa.

“Saya mengimbas kembali dengan kekaguman pertemuan kami  semasa lawatan rasmi saya ke Malaysia pada Disember 2016 apabila saya diberi penghormatan membincangkan perkara-perkara kepentingan bersama,” kata kenyataan itu. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×