KUALA TERENGGANU – Berhenti perlekeh mana-mana pihak dan tumpu kepada program pembinaan semula negara seperti yang diperjuangkan Pakatan Harapan (PH), kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Terengganu, Datuk Razali Idris. Beliau berkata, pada masa ini rakyat ingin melihat keutuhan, kesepakatan serta unsur kesatuan dalam pimpinan kerajaan yang didukung oleh pelbagai parti komponen PH. “Disebabkan itu sesiapa pun diharap tidak berlagak, angkuh dan mendabik dada dengan memperlekeh sumbangan pihak lain…











