Portfolio Exco diumumkan esok - Utusan Malaysia

Portfolio Exco diumumkan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 13 Mei – Portfolio 10 anggota Exco kerajaan negeri yang baharu dibentuk akan diumumkan apabila masing-masing melapor diri untuk memulakan tugas di pusat pentadbiran negeri, di Wisma Darul Iman esok.

Mereka terdiri daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Tengku Hassan Tengku Omar; Wan Sukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam); Mohd Nor Hamzah (Bukit Payung) dan Ariffin Deraman (Alur Limbat).

Turut dilantik ialah Hanafiah Mat (Cukai); Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman (Kota Putera); Dr.Alias Razak (Bukit Tunggal), Dr. Azman Ibrahim (Jabi), Dr. Mamad Puteh (Kuala Berang) dan

Satiful Bahari Mamat (Paka).

Kesemua ADUN berkenaan telah mengangkat sumpah pelantikan sebagai Exco di Istana Syarqiyyah, Khamis lalu.

Difahamkan antara potfolio yang bakal diwujudkan oleh pentadbiran kerajaan baharu Pas ialah Jawatankuasa Pendidikan; Dakwah dan Pelaksanàan Syariah; Kemajuan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Lain-lain portfolio ialah Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan; Sains dan Sumber Asli; Belia, Sukan dan Pelancongan; Kebajikan, Sosial dan Pembangunan Wanita; Pertanian, Perusahaan Ladang dan Komoditi; Pembangunan Tanah, Pelaburan dan Perindustrian serta Infrastruktur dan Teknologi Hijau. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×