KUALA LUMPUR 23 Mei – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung laporan seorang bapa yang mendakwa anaknya telah dirotan seorang guru disiplin hingga menyebabkan lapan kesan bengkak dan luka di Ampang Saujana, Selangor, semalam. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya sudah menerima laporan bapa kepada kanak-kanak berusia lapan tahun itu kira-kira pukul 2.20 petang semalam. “Lelaki berkenaan mendakwa, anaknya telah mengadu kepadanya mengenai tindakan guru tersebut.…










