PM gesa kemuka bukti jika negara rugi batalkan HSR - Utusan Malaysia

PM gesa kemuka bukti jika negara rugi batalkan HSR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta pihak yang mendakwa kerajaan akan mengalami kerugian jika membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan mereka.

Beliau berkata, tindakan mengeluarkan kenyataan dan dakwaan tanpa bukti tidak membawa apa-apa makna.

“Bolehlah dia tunjuk bukti (tentang HSR), bila kita kata kerajaan hilang RM1 trilion (jumlah hutang negara), kita ada bukti dan dokumen yang menunjukkan kita hilang (jumlah itu).

“Tapi dia cakap mulut sahaja…suruh dia tunjuk bukti, di mana dan bagaimana,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Iftar Bersama Warga PDRM di Masjid Bukit Aman di sini malam ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini yang mendakwa negara akan kehilangan pendapatan sebanyak RM209 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar selain 70,000 peluang pekerjaan jika projek HSR dibatalkan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN