Pirlo diraikan - Utusan Malaysia

Pirlo diraikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 22 Mei – Bekas bintang Itali, Andrea Pirlo tampil mengucapkan selamat tinggal kepada dunia bola sepak dalam perlawanan perpisahan yang dibarisi legenda terkemuka di Stadium San Siro, semalam.

Bekas rakan-sepasukan Pirlo dari seluruh dunia, antaranya Paolo Maldini, Gianluigi Buffon, Roberto Baggio dan Frank Lampard turut hadir bagi memeriahkan perlawanan tersebut.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua peminat yang hadir ke stadium untuk menikmati perlawanan yang menakjubkan ini kerana ia merupakan persembahan sukan dan amal,” kata pemain berusia 39 tahun itu yang diberi penghormatan terakhir kira-kira 50,000 peminat yang hadir.

Perlawanan itu berkesudahan terikat 7-7 dengan menyaksikan hatrik daripada bekas penyerang AC Milan dan Juventus, Filippo Inzaghi manakala Pirlo memberi peluang kepada anaknya, Nicolo juga merupakan skuad remaja Juve untuk turut sama beraksi.

“Dia teruja dan saya gembira melihatnya, sudah tentu dia seronok bermain bola sepak kerana ini merupakan perkara terbaik di dunia, sama-sama kita lihat masa depannya,” kata Pirlo. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN