Petugas khas 1MDB adakan pertemuan dengan FBI, DOJ - Utusan Malaysia

Petugas khas 1MDB adakan pertemuan dengan FBI, DOJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Pasukan petugas khas 1Malaysia Development (1MDB) mengadakan pertemuan dengan pegawai dari Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ), Amerika Syarikat dalam mesyuarat hari ketiga pasukan itu di Kompleks Pejabat Perdana Menteri di sini semalam.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mesyuarat semalam membincangkan mengenai hala tuju, fokus siasatan, permohonan bantuan bersama bagi perkara jenayah Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dan juga proses membawa semula aset-aset yang dibekukan di Amerika Syarikat.

“Antara isu yang dibangkitkan dalam mesyuarat itu ialah permohonan pihak FBI yang telah menghantar surat permohonan bertarikh 13 November 2016 kepada bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, tetapi permohonan tidak mendapat maklum balas sehingga hari ini.

“Pihak DOJ juga mengesahkan ada membuat permohonan melalui MLA kepada Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali pada 22 September 2017. Walaubagaimanapun permohonan itu tidak dipenuhi dan ditangguhkan atas alasan ia akan menggangu siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa di Malaysia. Oleh itu tiada kerjasama diberikan sehingga hari ini,” ujar kenyataan itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN