Peruntukan sedia ada dikaji bagi KWSP suri rumah - Utusan Malaysia

Peruntukan sedia ada dikaji bagi KWSP suri rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM – Kerajaan Pakatan Harapan akan membuat kajian terperinci untuk mengkaji beberapa peruntukan dan akta sedia ada bagi mempercepatkan pelaksanaan Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan tertinggi KWSP dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi membuat perincian bagaimana skim itu dapat dilaksanakan.

“Kita dapati ada peruntukan perundangan yang tidak membenarkan pelepasan ini. Maka, kita nak lihat macam mana ia boleh dilaksanakan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah keluarga mangsa tragedi lemas membabitkan dua beranak di Kampung Baru Sungai Kob di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan Ahli Parlimen Padang Serai, M. Karupaiya.

Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, pelaksanaan itu perlu dilakukan segera bagi melaksanakan janji dalam manifesto 100 hari Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN