Perubahan kepimpinan harus dilakukan dengan tertib - Hishammuddin - Utusan Malaysia

Perubahan kepimpinan harus dilakukan dengan tertib – Hishammuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersetuju terhadap suara ahli UMNO serta rakyat yang mengkehendaki kepemimpinan baharu dalam parti itu.

Ujar beliau, UMNO perlu dikembalikan dengan maruah dan prinsip-prinsip yang dijunjung namun perubahan itu perlu dilakukan dengan tertib.

“Kepada ahli UMNO yang dicintai, jangan bertindak dengan emosi. Kita lakukan ini demi masa hadapan dan kesatuan kita. Perkara ini telah pun saya sampaikan kepada setiap pucuk pimpinan termasuk sayap-sayap di dalam parti,” katanya 

“Saya menyeru dan merayu kepada semua pihak untuk bersabar dan memberikan ruang supaya perkara ini dapat mengizinkan kita melaksanakannya dengan segera. Percayalah, saya akan lakukan yang terbaik demi parti dan negara yang tercinta. Semoga Allah SWT memelihara UMNO,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
 – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×