Perintah berkurung diteruskan, bot pam akan dibenarkan semula - Utusan Malaysia

Perintah berkurung diteruskan, bot pam akan dibenarkan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Bagi memastikan keselamatan para penduduk di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) terjamin kerajaan negeri akan meneruskan perintah berkurung.

Perintah berkurung berkenaan adalah meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, setakat ini perintah berkurung berkenaan akan diteruskan kerana pelaksanaanya menunjukkan keberkesanan positif.

“Direkodkan, kadar jenayah di perairan Pantai Timur juga semakin berkurangan dengan adanya perintah berkurung.

“Bagaimanapun, kami akan memantau keadaan (perintah berkurung) ini sama ada ia wajar dilanjutkan ataupun tidak supaya kita dapat mengatasi ancaman daripada pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Iftar Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Polis, Datuk Ramli Din. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN