Perak tekad curi mata di Kuala Terengganu - Utusan Malaysia

Perak tekad curi mata di Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SKUAD Perak tekad mempamerkan aksi cemerlang, sekali gus mengutip tiga mata pada perlawanan menentang Terengganu Football Club I (TFC I) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam ini.

Kaptennya, Mohamad Nasir Basharudin berkata, pasukan The Bos Gaurus perlu memperkemaskan corak permainan dan memenangi setiap perlawanan agar dapat mengejar mata pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini lima mata di hadapan Perak.

“Apa yang saya harapkan pada perlawanan yang cukup penting menentang TFC I ialah rakan sepasukan dapat mengekalkan fokus ma­sing-masing dan beraksi dengan baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perak perlu mengutip mata di Kuala Terengganu kerana pasukan tidak boleh lagi kehilangan mata jika mahu mengejar JDT yang berada di puncak liga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Tambah Nasir, persiapan pasukan untuk perlawanan tersebut berjalan dengan baik dan latihan pada waktu malam juga tidak menjejaskan kua­liti permainan pemain.

“Beraksi dalam bulan puasa bukan perkara baharu kerana sebelum ini kita pernah beraksi pada Ramadan dan perlawanan diadakan pada waktu malam.

“Para pemain perlu bijak mengurus dan menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan situasi sebegini pada waktu ini,” katanya.

Mengenai pasukan lawan, Nasir memberitahu, Perak perlu lebih berhati-hati dan memberi tumpuan kepada kapten TFC I, Kipre Tchetche.

Perak ketika ini mengumpul 20 mata daripada 10 perlawanan apabila menang enam perlawanan dan dua seri, manakala JDT dengan 25 mata hasil lapan kemenangan dan satu seri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN