KUALA LUMPUR – Penerbangan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa delegasi Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ke Butterworth, Pulau Pinang pada Sabtu lepas bertujuan untuk menghadiri program rasmi tahunan TUDM. Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini berkata pesawat pengangkut TUDM A400M itu membawa Menteri Pertahanan dan pegawai-pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memenuhi jemputan majlis berbuka puasa selain perjumpaan pertama bersama warga TUDM di Pangkalan Udara Butterworth. “Penerbangan…










