Penduduk Palestin lancar bantahan sekatan laut - Utusan Malaysia

Penduduk Palestin lancar bantahan sekatan laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY 29 Mei – Penduduk Palestin menaiki bot beramai-ramai dari Gaza bagi membantah sekatan yang dikenakan Israel dalam tindakan yang bakal meningkatkan ketegangan selepas kejadian serangan bom mortar ke Israel.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut penganjur, sebuah bot besar yang membawa 20 penduduk dengan diiringi sekumpulan bot kecil telah bertolak dari pelabuhan nelayan di sini.

Walau bagaimanapun berlaku percanggahan kenyataan sama ada tindakan itu bertujuan memecah sekatan berkenaan yang hanya membenarkan mereka belayar sejauh 16 kilometer dari pantai.

Beberapa penganjur memaklumkan, mereka hanya melancarkan bantahan manakala yang lain mereka mahu bergerak melepasi had yang dibenarkan. – AFP

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini