KLUANG 29 Mei – Perbuatan tidak bermoral seorang lelaki yang mencuri pakaian dalam wanita akhirnya dihidu apabila tindakannya disedari orang ramai yang mencekupnya di Taman Sri Impian, di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 pagi itu, pemuda berusia 23 tahun tersebut dipercayai mahu meneruskan aktivitinya di sebuah rumah lain, namun tidak berjaya apabila disedari seorang jiran mangsa. Bagaimanapun, suspek yang tinggal di kawasan perumahan sama dipercayai telah mencuri pakaian…











