Tuchel dapat pengajaran berguna

Tuchel dapat pengajaran berguna

Pemain pertahanan England, Ben White (kanan) menolak bola masuk ke gawang Uruguay dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley, London, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus England, Thomas Tuchel mengakui dia banyak mempelajari banyak perkara penting walaupun skuad kendaliannya itu sekadar meraih keputusan seri 1-1 menentang Uruguay dalam aksi persahabatan antarabangsa di Wembley, kelmarin.

Perlawanan itu menyaksikan beberapa tonggak England seperti Harry Kane, Bukayo Saka dan Declan Rice tidak diturunkan selepas Tuchel memberi peluang kepada pemain baharu dalam skuad yang diperluaskan.

Antara yang mencuri tumpuan ialah pemain tengah Everton., James Garner serta penjaga gol Manchester City, James Trafford yang membuat penampilan sulung.

Menurut Tuchel, aksi menentang Uruguay yang dibimbing Marcelo Bielsa itu menepati jangkaannya sebagai ujian sebenar menjelang Piala Dunia yang akan berlangsung di Canada, Mexico dan Amerika Syarikat (AS).

“Saya belajar banyak, kerana ia adalah lawan yang sukar dan anda dapat melihatnya dalam perincian. Anda belajar banyak melalui perincian, termasuk tingkah laku, dan anda dapat melihat tahap permainan.

“Apabila anda berdepan Manuel Ugarte dan Federico Valverde di bahagian tengah, anda dapat melihat tahap sebenar.

“Ia agak sengit dan mencabar. Saya sudah tahu sejak beberapa bulan lalu apabila Bielsa menghubungi saya dan memberitahu mereka akan mengambilnya dengan sangat serius dan menurunkan pasukan terbaik.

“Daripada cara mereka membuat pertukaran pemain, jelas mereka tidak mahu berkompromi dalam apa-apa, jadi ia memang sukar,” katanya.

Mengulas lanjut, Tuchel berkata barisan pemain baharu menunjukkan komitmen tinggi walaupun beraksi dalam formasi dan kesebelasan yang belum pernah digandingkan sebelum ini.

“Kami mempunyai ramai pemain baharu dan mereka cuba menyesuaikan diri dengan struktur permainan. Saya lihat usaha mereka untuk bekerjasama dan mencipta peluang cukup positif,” katanya. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×