Pencarian MH370 berakhir - Utusan Malaysia

Pencarian MH370 berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity hari ini mengesahkan  bahawa misi pencarian bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang telah berakhir. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Ocean Infinity dalam satu kenyataan hari ini berkata, syarikat itu telah menjalankan pencarian dan mengumpul data berkualiti tinggi meliputi kawasan seluas lebih 112,000 km persegi dan berjaya mengatasi keadaan dan kawasan dasar laut yang mencabar. 

“Keluasan kawasan yang diliputi dalam masa lebih tiga bulan operasi adalah jauh melebihi sasaran awal iaitu 25,000 kilometer persegi dan hampir sama dengan kawasan pencarian sebelumnya dalam tempoh dua setengah tahun,” kata kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Infinity, Oliver Plunkett merakamkan rasa dukacita semua pihak di Ocean Infinity kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang dalam MH370. 

“Sebahagian daripada motivasi kami untuk menyambung semula pencarian ialah cuba merungkaikan beberapa jawapan kepada mereka yang terlibat. Oleh itu, kami dengan hati yang amat berat mengakhiri usaha pencarian tanpa mencapai matlamat itu,” kata Plunkett. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini