JOHOR BAHRU 30 Mei – Penamatan perkhidmatan ketua kampung dan ketua masyarakat di negeri ini berkuat kuasa esok dianggap sebagai tindakan bermotifkan dendam dan tidak mempunyai justifikasi kukuh. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana Johor merupakan negeri yang mempunyai bajet surplus. Justeru, menurutnya, alasan penamatan perkhidmatan golongan pemimpin terlibat bagi mengurangkan beban kewangan kerajaan adalah tidak munasabah. “Tindakan menamatkan perkhidmatan golongan ini bersifat…










