Pemuda curi pakaian dalam ditahan polis - Utusan Malaysia

Pemuda curi pakaian dalam ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG – Perangai pelik seorang pemuda yang ketagih mencuri pakaian dalam wanita berakhir apabila perbuatannya disedari orang ramai sebelum dicekup dalam kejadian di Taman Sri Impian, di sini awal pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pemuda berusia 23 tahun itu ditangkap kira-kira pukul 4.30 pagi oleh penduduk taman tersebut selepas dia mencuri beberapa helai coli, seluar dalam serta seluar panjang wanita.

Difahamkan, suspek yang tinggal di taman perumahan sama melakukan aktiviti tidak bermoral itu sejak beberapa bulan lalu dengan menyasarkan rumah-rumah penduduk yang menyidai pakaian di kawasan kediaman mereka.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, bagaimanapun perbuatan suspek akhirnya terbongkar selepas dia ditahan penduduk yang menyedari kejadian itu.

“Sebaik dicekup, suspek mengaku mencuri pakaian dalam wanita sebelum orang ramai menjumpai tujuh helai coli, tiga helai baju dan sehelai seluar panjang bersama suspek.

“Mereka telah menghubungi pihak polis dan anggota membawa suspek dan barang-barang rampasan ke Ibu pejabat Polis Daerah Kluang untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini