MELAKA 22 Mei – Tindakan kerajaan negeri menjadikan kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka di Seri Bendahara sebagai lokasi kunjungan terbuka orang ramai selama sebulan bukan bertujuan mahu mengaibkan mana-mana pihak.
![]() |
|
ADLY ZAHARI
|
Sebaliknya kata Ketua Menteri, Adly Zahari, pem bukaan Seri Ben- dahara untuk dila- wati rakyat bertu- juan memberi ruang kepada kerajaan negeri Pakatan Harapan melihat sendiri dan mengambil pengajaran daripada maklum balas yang jujur daripada rakyat.
Beliau berkata, ramai pihak membuat tanggapan bahawa beliau seolah-olah membalas dendam dan mengaibkan kerajaan negeri sebelum ini apabila membenarkan kediaman rasmi itu untuk dilawati namun bagi beliau tiada niat untuk pihaknya berbuat demikian.
“Isu ini telah disalah anggap oleh segelintir pihak, bagi saya kebenaran melawat kediaman ini adalah bagi menghubungkan rakyat dengan pemimpin dan jika Pakatan Harapan (PH) hendak ‘menyerang’ kerajaan terdahulu, bukan dengan cara itu.
“Sejak saya dilantik sebagai Ketua Menteri, banyak permintaan untuk rakyat datang ke Seri Bendahara dan kalau hendak dilayan permintaan itu, saya rasa lima tahun pun tidak cukup dan cara yang paling cepat adalah saya buka kediaman rasmi ini untuk dilawati oleh orang ramai,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Seri Negeri di sini hari ini.
Adly yang dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-11 baru-baru ini mengumumkan kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara dibuka kepada orang ramai untuk lawatan selama sebulan mulai 15 Mei hingga 14 Jun ini dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang.
Menurut beliau, idea untuk membuka kediaman rasmi sebagai tontonan dan lawatan umum diambil daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menjadikan Istana Presiden sebagai tempat lawatan dan tindakan beliau itu tidak menimbulkan rasa benci rakyat terhadap pimpinan terdahulu sebaliknya lebih kepada penghargaan daripada pemerintah kepada rakyat.
Malah beliau berkata, hubungan antara pemimpin dan masyarakat dapat dierat- kan jika jurang yang dicipta seperti itu tidak menjadi pemisah dan sehingga hari ini, kira-kira 6,000 pengunjung sudah melawat Seri Bendahara dalam tempoh seminggu ia dibuka.
“Jumlah 6,000 pengunjung itu cukup baik namun bagaimana rakyat menilai, jangan salahkan mereka kerana mereka akan membuat penilaian sendiri apabila melawat kediaman itu dan setiap maklum balas mereka (sama ada berlaku pembaziran atau tidak), itu hak mereka,” ujarnya.












