Pelantikan Exco Negeri Sembilan ikut formula 5-3-2 - Utusan Malaysia

Pelantikan Exco Negeri Sembilan ikut formula 5-3-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco)  Negeri Sembilan dibuat mengikut formula 5-3-2.

Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, pembahagian jawatan itu dibuat hasil perbincangan antara semua parti di bawah Pakatan Harapan selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). 

“Hasil perbincangan, formula 5-3-2 ini adalah yang terbaik selaras dengan keputusan PRU-14. Ini adunan terbaik dan adil kepada semua,” katanya dalam sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

DAP yang memenangi paling banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU-14 mendapat lima lantikan Exco, manakala PKR (tiga) dan PAN (dua). 

Bagaimanapun, tiada wakil daripada PPBM ekoran parti itu tidak memenangi sebarang kerusi.

Terdahulu, semua 10 Exco tersebut mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pagi tadi.

Mereka terdiri daripada lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP iaitu Teo Kok Seong (Bahau), S. Veerapan (Repah), J. Arul Kumar (Nilai), Nicole Tan (Bukit Kepayang) dan Choo Ken Hwa (Lukut).

Tiga ADUN PKR pula ialah Dr. Rafie Ab. Malek (Ampangan), Ismail Ahmad (Labu) dan Mohamad Nazaruddin Sabtu (Pilah). Dua ADUN PAN yang dilantik sebagai Exco terdiri daripada Bakri Sawir (Klawang) dan Mohamad Taufek Abd Ghani (Paroi). 

Sementara itu, Aminuddin memberitahu, portfolio bagi setiap Exco berkenaan akan diumumkan esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini