Pelajar OKU mangsa mercun - Utusan Malaysia

Pelajar OKU mangsa mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT – Malang menimpa seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) masalah pembelajaran apabila tangan kanannya cedera parah selepas terkena mercun bola dalam kejadian di Kampung Taman Tasik, Kuala Besut dekat sini kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…
Azlan
AZLAN

Kejadian pada pukul 8 malam itu mengakibatkan jari ibu, telunjuk dan hantu Muhammad Ridzwan Abdul Rashid, 14, hancur selepas terkena mercun bola yang diubah suai.

Mengimbau semula kejadian itu, abang mangsa, Azlan Shah, 34, berkata, sewaktu kejadian, adik bongsu daripada lapan beradik itu sedang bermain mercun bola tersebut bersama kira-kira 10 rakannya di kawasan padang
tidak jauh dari rumah mereka.

“Saya difahamkan adik saya membuka beberapa biji mercun bola sebelum mengisi belerangnya ke dalam botol kaca berukuran kira-kira 10 sentimeter panjang dengan menggunakan kertas surat khabar dan penyedut minuman.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN