KUDAT 31 Mei – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru agar semua pihak termasuk pelajar mempersiapkan diri dengan kecergasan fizikal, berani serta bersemangat waja agar dapat mendepani cabaran alaf baharu dan mengelakkan diri daripada pelbagai permasalahan sosial. Hal ini penting, titah baginda, kerana kemelut sosial semakin berleluasa dan boleh merosakkan minda dan jati diri. “Jika hal ini dikesampingkan, sudah pasti ia bakal meranapkan generasi ini sekaligus menjejaskan usaha melahirkan bakal pemimpin yang berwibawa pada masa hadapan,” titah baginda. Pelajar merupakan aset berharga negara, justeru, baginda berharap…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya