Pas sapu bersih Pasir Puteh - Utusan Malaysia

Pas sapu bersih Pasir Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 10 Mei – Pas memenangi semua empat kerusi DUN dan Parlimen dengan majoriti undian kemenangan yang meningkat berbanding Pilihan Raya Umum Ke 13.

Pengurus Suruhan Pilihan Raya (SPR) Pasir Puteh, Mohd. Anis Hussin berkata, proses pengiraan undi di semua pusat mengundi berjalan lancar.

Katanya, Dr. Nik Muhamad Zawawi Salleh mendapat undian sebanyak 30,947 undi menang dengan majoriti 1,360 berbanding calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki (32,307) dan Kamarudin Md. Nor sebanyak 4,896 dengan kertas undi rosak sebanyak 923 undian.

Sementara itu, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak, Wan Hassan Wan Ibrahim menang dengan majoriti undian sebanyak 632 menewaskan calon BN, Zawawi Othman yang juga penyandang kerusi tersebut.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbongan, penyandangnya, Mohd. Nazlan Mohamed Hasbullah daripada Pas mempertahankan kemenangannya dengan majoriti 3,138.

Manakala bagi DUN Selising dan Gaal dimenangi oleh Tuan Saripudin Ismail dan Mohd. Rodzi Jaafar.

Sementara itu, Wan Hassan ketika ditemui pemberita berkata, undian anak perantau banyak membantu kemenangan yang diperolehi pada pilihan raya kali ini.

“Kami (kepimpinan Pas) akan meneruskan legasi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam mengurus tadbir negeri selepas Kelantan sekali lagi diberi mandat oleh rakyat mentadbir negeri ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×