BESUT 10 Mei – Parlimen Besut merupakan satu-satunya kawasan yang Barisan Nasional (BN) masih mampu bertahan dalam keadaan goyah ketika gelombang hijau Pas melanda negeri ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Namun BN yang menguasai kesemua kerusi dalam PRU-13 yang kembali mengetengahkan kesemua penyandang terlepas satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila calonnya, Mohd Mahdi Musa gagal mempertahankan Kota Putera.
Berikut diperturunkan keputusan rasmi:
PARLIMEN BESUT
*Datuk Seri Idris Jusoh (BN) 34,335
Dr. Riduan Mohamad Nor (Pas) 29,736
Ir. Wan Nazari Wan Jusoh (PKR) 6,864
Majoriti 4,599
DUN KUALA BESUT
*Tengku Zaihan Che Abd Rahman (BN) 8,126
Azbi Salleh (Pas) 7,983
Dr. Che Ku Hashim Che Ku Mat (PKR) 1,095
Majoriti 143
DUN KOTA PUTERA
*Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (Pas) 9,704
Mohd Mahdi Musa (BN) 8,523
Tengku Roslan Tengku Othman (PKR) 1,504
Majoriti 1,181
DUN JERTIH
*Datuk Muhammad Pehimi Yusof (BN) 9,143
Wan Azhar Wan Ahmad (Pas) 7,762
Dr.Kamaruzaman Wan Su (PKR) 1,594
Majoriti 1,381
DUN HULU BESUT
*Nawi Mohamad (BN) 8,045
Mat Daik Mohamad (Pas) 6,576
Ismail Abdul Kadir (PKR) 860
Majoriti 1, 469
UTUSAN ONLINE










