Pertaruh nyawa, elaun FDS hanya RM30 sejak 1978, wajarkah?
Oleh Yulpisman Haji Asli
11 September 2026, 7:20 am
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
NAHAS helikopter membabitkan petugas Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sarawak kelmarin, mengejutkan negara. Tragedi itu juga mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan banyak pihak mengenai aspek keselamatan petugas FDS yang banyak berbakti di kawasan pedalaman.
Setakat ini, punca sebenar nahas masih dalam siasatan pihak berkuasa. Sebelum ini, nahas kerap dikaitkan dengan aset yang digunakan sudah uzur. Dan reaksi di pihak berkenaan adalah, aset akan ditambah baik, atau diganti dan permohonan sudah dikemukakan serta dalam penelitian.
Di media sosial, ramai mempersoalkan kewajaran petugas FDS yang bertarung nyawa menyelamatkan rakyat khususnya di kawasan pedalaman, masih menggunakan helikopter ‘tua’ berbanding orang kenamaan menggunakan perkhidmatan helikopter jauh lebih moden dan canggih.
Selain itu, turut menjadi bualan hangat ialah elaun FDS sebanyak RM30 yang diterima oleh petugas kesihatan terbabit. Ramai mempersoalkan kewajaran kadar elaun tersebut. Menurut laporan, elaun tersebut diperkenalkan sejak 1978 dan tidak pernah disemak sehingga sekarang meskipun ia sudah diangkat kepada pihak berkenaan.
Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad, Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengemukakan cadangan penambahbaikan elaun tersebut sejak November tahun lalu untuk menjaga kebajikan warga kerjanya.
“KKM memahami dakwaan berhubung elaun RM30 yang diterima petugas FDS dan sudah mengambil langkah lebih awal dengan membawa perkara itu kepada pihak berwajib.
“Antara yang kami angkat, antara cadangan yang kami angkat adalah elaun ‘Flying Doctors’ yang sudah pun kita bawa pada tahun lalu, penghujung tahun lalu, bulan November secara tepatnya 2025,” katanya dalam sidang akhbar khas bersabit nahas itu kelmarin.
Justeru kita bolehlah bertanya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan, apakah tindakan mereka? Berapa lama masa yang mereka perlukan untuk membolehkan sesuatu cadangan terutama membabitkan kebajikan kakitangan awam khususnya barisan hadapan yang menjaga kebajikan rakyat dilaksanakan?
Kita tahu, petugas kesihatan merupakan barisan hadapan yang sangat penting selain pasukan keselamatan. Ketika negara dilanda Covid, merekalah yang mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan rakyat Malaysia termasuk pemimpin-pemimpin polilik, wakil-wakil rakyat daripada ancaman virus berkenaan.
Tanpa pengorbanan mereka, kita boleh bayangkan berapa ramai yang akan jadi korban virus itu. Tanpa kehadiran mereka, hospital dan klinik kerajaan bakal lumpuh. Tanpa FDS mana mungkin rakyat di pedalaman boleh mendapatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan.
Utusan Malaysia sebelum ini sudah banyak kali melaporkan isu-isu dalam sektor kesihatan negara yang perlukan tindakan segera pihak kerajaan khususnya Kementerian Kewangan (MOF). Antaranya, bebanan tugas melampau pekerja sektor kesihatan, elaun on-call doktor dan jururawat, kekurangan doktor dan jururawat sehingga ramai berhijrah ke luar negara dan banyak lagi.
Dan elaun FDS sebanyak RM30 hanya menambah lagi senarai masalah yang dialami oleh petugas sektor perkhidmatan kesihatan negara. Namun, apa tindakan diambil oleh pihak berkenaan?
Di mana sikap prihatin mereka sekiranya isu-isu berkenaan masih berpanjangan tanpa penyelesaian?
Yulpisman Asli ialah Pengarang Berita Utusan Malaysia – UTUSAN

Media Mulia TV
Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved