KUANTAN – Seorang nenek dan cucunya dijumpai rentung, manakala seorang lagi anggota keluarga mereka cedera dalam kebakaran yang melibatkan sembilan buah rumah di Kampung Baru Cina Repas, Bentong awal pagi tadi. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pahang Mohd Sani Harun berkata mangsa Lay Sam Kiw, 78, dan cucu lelakinya yang juga merupakan orang kurang upaya, Chong Way Leong, 23, ditemui mati terperangkap di dalam rumah mereka. Seorang lagi anggota…










