KUALA LUMPUR 23 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor masih belum menarik balik kes saman mereka terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli atas dakwaan memfitnah. Peguam Nor Emelia Mohd. Iszeham yang mewakili bekas Perdana Menteri dan isterinya ketika dihubungi menafikan kenyataan Rafizi dalam akaun Twitter miliknya bahawa tindakan saman tersebut telah ditarik balik setakat tarikh kenyataan Rafizi dibuat. “Walau bagaimanapun, peguam pihak masing-masing…










