KOTA KINABALU – Dalam tempoh satu jam sebelum Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dikatakan bakal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah baharu, Tan Sri Musa Aman pula memaklumkan beliau masih memegang jawatan tersebut. Menurut Musa, sebarang kenyataan yang disebarkan menerusi media sosial mendakwa beliau telah meletakkan jawatan adalah tidak benar. Malah, barisan menteri Kabinet yang turut mengangkat sumpah pada 10 Mei lalu kekal memegang jawatan…










