KOTA KINABALU – Teka-teki mengenai kedudukan Tan Sri Musa Aman akhirnya terjawab apabila Istana Negeri mengesahkan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu bukan lagi Ketua Menteri.
Surat rasmi bagi memaklumkan mengenai kedudukan Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga diserahkan oleh Setiausaha Sulit kepada Yang di-Pertua Sabah, Abinan Asli melalui Setiausaha Sulit Musa, Effendi Mohamed Sunoh.
Surat tersebut diserahkan oleh Abinan kepada Effendy pada pukul 11.34 pagi di sebuah restoran di sini.
Terdahulu, rombongan Istana Negeri diketuai Abinan tiba di kediaman peribadi Musa di Luyang pada pukul 11.05 pagi dan menunggu kira-kira 20 minit di luar rumah untuk menyampaikan surat berkenaan, namun gagal.










