Mourinho tidak hukum Martial, Rashford - Utusan Malaysia

Mourinho tidak hukum Martial, Rashford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menegaskan punca sebenar dia tidak menurunkan dua penyerang, Marcus Rashford dan Anthony Martial pada saingan menentang West Ham semalam disebabkan mahu merehatkan mereka sebagai persediaan ke pentas aksi terakhir liga menentang Watford.

Saingan yang berlangsung di Stadium London itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 0-0 awal pagi semalam.

“Saya menggugurkan kedua-dua pemain berkenaan bukan sebagai hukuman kerana gagal beraksi cemerlang ketika kami tewas di tangan Brighton baru-baru ini sebaliknya mahu mereka cergas pada aksi terakhir menentang Watford esok.

“Alexis Sanchez dan Jesse Lingard pula berdepan nasib yang berbeza yang mana mereka tidak diturunkan pada aksi menentang Brighton. Oleh sebab itu, saya mahu mereka beraksi semalam. Kami telah cuba untuk menguruskan pasukan dengan baik bagi mendapatkan mata dan pada masa yang sama mahu semua pemain diberi peluang turun ke padang.

“Walaupun aksi semalam kami hanya mencatatkan keputusan seri. Namun, ia cukup memberi mata kepada kami untuk menamatkan saingan liga musim ini di kedudukan kedua,” ujarnya.

Sebagai rekod, skuad The Red Devils sudah layak secara automatik ke pentas Liga Juara-Juara musim hadapan selepas berada di kedudukan kedua de-ngan 78 mata tanpa mampu di cabar oleh Totenham Hotspur.

Kutipan mata tersebut merupakan yang terbesar dilakarkan sejak pengurus legenda United, Alex Ferguson bersara pada 2013.

Dalam pada itu, bekas pengendali Chelsea dan Real Madrid itu menegaskan misi mereka masih belum sempurna selagi tidak mendakap trofi Piala FA menentang Chelsea pada 20 Mei ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×