Moody’s perlukan penjelasan mengenai pemansuhan GST - Utusan Malaysia

Moody’s perlukan penjelasan mengenai pemansuhan GST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Moody’s Investors Service memerlukan penjelasan daripada kerajaan Malaysia mengenai langkah pengimbang yang akan dilaksanakan setelah memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).


Penganalisis Kanan/Naib Presiden Kumpulan Risiko Moody’s Anushka Shah berkata agensi penarafan itu melihat tindakan memansuhkan GST sebagai kredit negatif jika dilaksanakan tanpa langkah-langkah pelarasan.

“Walaupun kerugian hasil tahun ini akan diimbangi oleh harga minyak yang lebih tinggi, perkembangan ini bukan struktur – atau berperanan sebagai- pengganti tetap GST itu sendiri.

“Tahap di mana langkah-langkah pengimbang – jika ada – akan membantu untuk memulihkan kerugian hasil daripada GST, akan membolehkan kami menentukan kesan yang tepat terhadap kedudukan fiskal Malaysia, seterusnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anushka bagaimanapun berkata pemansuhan GST akan meningkatkan pergantungan kerajaan terhadap hasil berkaitan minyak, malah mengurangkan asas percukaian.

Semalam, Kementerian Kewangan berkata mulai 1 Jun 2018, semua barangan dan perkhidmatan di Malaysia akan dikenakan sifar GST. – BERNAMA

 

 

 

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×