MH17: Malaysia mahu cari keadilan bagi mangsa MH17 - Utusan Malaysia

MH17: Malaysia mahu cari keadilan bagi mangsa MH17

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 25 Mei – Malaysia bertekad mencari keadilan bagi mangsa-mangsa pe­sawat penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 dan kekal dengan pendirian untuk mendakwa pihak yang bertanggungjawab.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Malaysia menghargai laporan yang dibentangkan oleh Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) semalam berhubung laporan terkini, unsur-unsur jenayah serta kenyataan akhbar yang berkaitan untuk mengkaji per­kembangan kes tersebut de­ngan teliti.

“Sebagai anggota JIT, Malaysia memuji kemajuan ter­sebut dan mengucapkan terima kasih atas kerja keras ahli JIT sehingga membolehkan maklumat kritikal mengenai kejadian tragis itu diperoleh.

“Malaysia secara konsisten menyokong dan terpanggil dengan proses siasatan yang dilakukan secara telus, bebas dan menyeluruh,” kata kenya­taan itu di sini hari ini.

Sehubungan itu, saksi-saksi diseru tampil membantu JIT dalam melakukan siasatan dengan memberikan bukti sokongan tambahan agar pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

“Doa dan ingatan kami te­tap bersama-sama keluarga penumpang dan anak kapal MH17, kami berhutang kepada mereka dan akan melakukan segala usaha sehingga kes tragis ini ditutup,” katanya.

Semalam, Pasukan Penyia­satan yang terdiri daripada Australia, Belgium, Malaysia, Belanda dan Ukraine mengeluarkan laporan yang merumuskan sistem peluru berpandu antipesawat 53 Ang­katan Bersenjata Rusia digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17.

Kementerian Pertahanan Ru­sia dalam reaksi balas ba­gaimanapun menafikan pi­haknya terlibat dalam insiden tersebut dan mahu terlibat sepenuhnya dalam siasatan insiden melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17 empat tahun lalu.

Menurut laporan media, Presiden Rusia, Vladimir Pu­tin menegaskan, hanya de­ngan cara itu, Rusia boleh mengiktiraf laporan siasatan yang diterbitkan pasukan penyiasat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN