KUALA LUMPUR 22 Mei – Persatuan Francais Malaysia (MFA) menyasarkan 52 pencalonan yang terdiri daripada 30 buah syarikat akan mengambil bahagian dalam Anugerah Francais Malaysia (AFM) kali ke-23 yang berlangsung pada 18 September depan.
Pengerusi MFA, Datuk Radzali Hassan berkata, sebanyak 18 kategori dipertandingkan dan setiap peserta diadili oleh panel penilai berkecuali yang terdiri daripada kalangan profesional dan akademik.
Katanya, AFM 2018 menjadi platform kepada kepada penggiat industri francais untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai matlamat masing-masing dalam memajukan perniagaan.
“Antara kategori anugerah yang dipertandingkan adalah Francais Terbaik, Sistem Francais, Francais Antarabangsa, Francaisi dan Terbuka.
“Selain itu, pihak jawatankuasa turut memperkenalkan satu kategori baharu untuk pengamal media yang terbahagi kepada dua anugerah iaitu Wartawan Terbaik dan Artikel Pencetus Industri Francais Terbaik. Permohonan untuk AFM 2018 akan dibuka pada 1 Jun hingga 30 Jun,” katanya dalam majlis perasmian AFM 2018 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











