Messi raih Kasut Emas Eropah - Utusan Malaysia

Messi raih Kasut Emas Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA – Bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi merangkul gelaran Kasut Emas Eropah 2017-2018 selepas meledak 34 gol, sekali gus membantu pasukannya bergelar juara La Liga musim ini,

Biarpun tidak menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad pada aksi terakhir La Liga di Camp Nou awal pagi semalam, namun ia tidak menghalang Messi, 31, untuk memenangi penjaring terbanyak Eropah buat kali kelima berturut-turut.

Jika Messi berjaya meledak gol pada aksi tersebut, dia akan muncul penjaring gol ke-6,000 buat Barcelona dalam saingan La Liga dan yang ke-100 musim ini.

Jumlah 34 jaringan itu juga membolehkan kapten skuad antarabangsa Argentina itu merangkul Trofi Pichichi iaitu penjaring terbanyak La Liga di Sepanyol.

Pencabar terdekat Messi ialah ‘mesin gol’ Liverpool, Mo Salah dengan 32 gol, diikuti penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane di tempat ketiga (30 gol).

Musuh tradisi Messi iaitu bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo jauh ketinggalan musim ini apabila sekadar meledak 26 gol untuk menduduki tempat kelapan senarai penjaring terbanyak liga-liga di Eropah.

Sementara itu, Mauro Icardi yang membantu Inter Milan layak ke Liga Juara-Juara musim depan, menamatkan perebutan Ka­sut Emas Eropah di tempat keempat dengan 29 gol bersama-sama Ciro Immobile (Lazio) dan Robert Lewandowski (Bayern Munich).

Melengkapkan senarai 10 penjaring terbanyak ialah bintang Paris Saint-Germain, Edinson Cavani dengan 28 gol (tempat ketujuh), diikuti penyerang Benfica, Jonas (tempat kesembilan) dan tempat ke-10 menjadi milik Luis Saurez daripada Barcelona. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN