MARANG – Menteri Besar Terengganu baharu dari Pas dijangka akan mengangkat sumpah di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu pada malam ini. Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Husain Awang berkata, istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan tersebut akan berlangsung dengan perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada pukul 9 malam ini. “Seramai 10 barisan Exco (Ahli Majlis Mesyuarat) kerajaan negeri Terengganu juga akan mengangkat sumpah selepas istiadat terbabit. “Pentadbiran baharu kerajaan…










