Menteri Besar Pahang angkat sumpah esok - Utusan Malaysia

Menteri Besar Pahang angkat sumpah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Abu Bakar, Pekan pagi esok.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang diadakan Rabu lalu, BN memenangi 25 daripada 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus meraih majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Upacara angkat sumpah menubuhkan kerajaan negeri itu akan diadakan serentak dengan Istiadat Pengurniaan Pingat dan Darjah Kebesaran Negeri Pahang sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Ahmad Shah.

Istiadat angkat sumpah Menteri Besar Pahang akan diadakan di hadapan Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Rabu lalu, 25 kerusi DUN Pahang yang dimenangi BN ialah Jelai, Padang Tengku, Cheka, Benta, Batu Talam, Dong, Pulau Tawar, Inderapura, Sungai Lembing, Lepar dan Pulau Manis.

Turut dimenangi BN ialah kerusi DUN Peramu Jaya, Bebar, Chini, Kuala Sentul, Jenderak, Kerdau, Lanchang, Kuala Semantan, Pelangai, Guai, Kemayan, Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Tioman.

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat menang sembilan kerusi DUN iaitu Semambu, Teruntum, Tanah Rata, Tras, Sabai, Triang, Mentakab, Bilut dan Ketari.

Dalam pada itu, Pas merampas enam kerusi DUN daripada BN iaitu Tahan, Damak, Luit, Chenor, Panching dan Jengka selain berjaya mempertahankan Beserah serta Tanjung Lumpur. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×