Mengundi guna basikal buatan sendiri - Utusan Malaysia

Mengundi guna basikal buatan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 9 Mei – Seorang pereka arca, Haffadzi Che Ros, 40, berbasikal sejauh lima kilometer bagi menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di pusat mengundi dekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bentong di sini hari ini.

Apa yang lebih unik, basikal yang digunakannya itu merupakan buatan sendiri yang dihasil dan direkanya sejak dua tahun lalu.

“Saya tidak kisah dan lebih mudah berbasikal ke pusat pengundian. Apa yang lebih penting tanggungjawab sebagai mengundi perlu dilaksanakan.

“Ini basikal yang saya reka sendiri sejak dua tahun lalu. Membuat basikal adalah hobi dan setakat ini tiga buah basikal buatan sendiri telah saya hasilkan,” katanya yang juga merupakan graduan Ijazah Jurusan seni halus dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×