MUAR 29 Mei – Dunia permotoran Malaysia semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat sejak pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah diterima menyertai perlumbaan motosikal bertaraf antarabangsa, MotoGP. Bertitik-tolak daripada itu, ramai kini terutamanya golongan belia semakin teruja untuk menjadi pelapis kepada sukan berkenaan yang memberi masa depan cerah apabila berpeluang untuk bersaing dengan jaguh-jaguh dunia. Justeru itu, kira-kira 100 ‘pelumba’ amatur tidak melepaskan peluang keemasan untuk terjun ke bidang tersebut dengan…










