JERLUN 15 Mei – Kerajaan negeri menafikan dakwaan akan menutup Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan menghentikan operasi taman bimbingan kanak-kanak (Tabika) di negeri ini. Malah, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, agensi Kerajaan Persekutuan yang memberi faedah kepada rakyat itu akan diperkasakan lagi agar dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. “Saya tidak tahu dari mana datang dakwaan itu kononnya kerajaan Pakaran Harapan akan turup Kemas. “Saya nak beri…










